Ketika
berjalan-jalan ke TM Point, saya lihat ada seorang pemuda sedang duduk-duduk di
kaki lima. Pemuda yang saya tidak kenali itu kelihatan agak gelisah dan matanya
menjeling tepat ke arah saya.
"Bang,
telefon! Tengoklah dahulu." Tegur pemuda itu sambil menghulurkan telefon
bimbit jenama Samsung. Cuma Samsung model mana, saya tidak pasti. Saya hanya
melihat dari jauh tanpa memegangnya.
"Berapa
bang?" Saya memulakan soalan biasa-biasa terlebih dahulu. Mahu mendapatkan
maklumat serba-sedikit.
"RM600!"
Pemuda itu memberitahu dengan suara yang agak perlahan pada kali ini.
"RM600?
Tak apalah bang, lagipun saya tak ada duit!" Jawab saya dengan suara yang agak kuat sedikit. Sengaja saya
buat-buat terkejut.
"Abang
tengoklah dahulu. Harga boleh bagi rendah lagi. Tengoklah bang!" Pemuda
itu kelihatan terdesak. Berapa harganya sudah tidak diendahkan lagi.
"Maaflah
bang...Saya ada urusan segera. Lagipun saya tak ada duit sebanyak itu."
Saya memberitahu pemuda itu elok-elok dan segera meninggalkan kawasan tempat
pemuda itu duduk-duduk.
Ketika menuju ke
TM Point, saya berfikir tentang telefon yang mahu dijualnya. Mengapa pemuda itu
kelihatan sungguh terdesak untuk menjual telefonnya.
"Apakah
telefon itu miliknya sendiri atau hasil curi?"
Astaghfirullah...Fikiran mula berfikir bukan-bukan.
Saya tidak boleh
menuduhnya bukan-bukan kerana saya tiada maklumat yang cukup untuk mengatakan
bahawa telefon tersebut adalah miliknya sendiri ataupun hasil curi. Mungkin
pemuda itu memerlukan duit dalam kadar segera.
Saya pun tidak tahu.
Saya pun tidak tahu.
0 comments:
Post a Comment