Bertemu dengan mentor penulisan serta penulis
buku. Bukan sekadar bertemu mata, tetapi bertemu untuk belajar melalui
pengalaman mereka.
“Idea mereka sudahpun berjaya dibukukan!” Fikir saya sendirian selepas sesi
bergambar dengan mereka.
Saya terus bermonolog, “Idea saya, bila
lagi?”
Jawapan kepada monolog, hanya diri sendiri yang
mampu menjawabnya. Orang di sekeliling mampu memberi dorongan. Adakalanya
banyak tertewas dengan diri sendiri. Musuh utama adalah minda bercelaru serta
nafsu menggoda untuk tidak membukukan idea-idea. Allahu rabbi…
Peringatan demi peringatan sering dibaca. Seringkali
juga diingatkan oleh orang lain. Pokoknya, diri sendiri juga yang terus lalai
dan leka. Cabaran besar datangnya daripada diri sendiri, bukan orang lain.
Saya amat tertarik dengan mentor penulisan,
Tuan Zamri Mohamad yang berkata, “Masa kita adalah mahal. Melainkan kita
biarkan ia menjadi murah di tangan orang lain.” Tersentak apabila
mendengarnya buat pertama kali. Kata-katanya menusuk kalbu. Ibarat jarum peniti
tertusuk jari kecil. Sakitnya tidak terperi. Kesannya cukup mendalam. Amat berbekas
hingga pada saat entri ini ditulis.
Pesan penulis yang menggelarkan dirinya sebagai
Web Sutera pula, “Tulis sahaja. Insha Allah, Tuan boleh lakukannya.”
Saya amat menghargai saat pertemuan serta
perkongsian yang dicurahkan. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya.
Kini, saya bertekad untuk menjadikan masa saya
mahal.
Hakikatnya, masa itu amat mahal untuk saya
bazirkan.
1 comments:
Alhamdulillah.
Post a Comment