Hari ini, saya sempat singgah di Syarikat Muda
Osman (SMO). Kedai ini cukup popular di Negeri Kelantan kerana ia merupakan
antara syarikat buku terawal di negeri ini. Kedai ini lebih memfokuskan kepada alatulis
serta buku-buku untuk pelajar sekolah sahaja.
Itu dahulu…
Kini, pelbagai genre buku sudah dijual. Fokusnya
sudah berbeza. Sasarannya pun sudah pelbagai. Begitulah bisnes berubah mengikut
keadaan semasa. Jika tidak, ia kelihatan statik sahaja.
Ketika asyik mencari buku pilihan, saya bertemu
dengan seorang sahabat yang sudah lama terpisah. Hampir 7 tahun kami tidak
bersua. Kami mengenalinya ketika belajar di universiti. Walaupun saya sudah
lama tidak bersua, tetapi saya tetap mengingatinya.
Hari ini saya dipertemukan di kedau SMO. Ia
sesuatu yang sudah ditakdirkan. Biarpun pada awalnya, kaki saya tidak bercadang
untuk melangkah ke sini. Barangkali inilah rezeki ‘pertemuan’ yang sudah
diaturkan untuk saya.
Ya Allah…Ia sesuatu nikmat yang tidak terkata dan perlu saya
syukuri kerana dapat bertemu dengan sahabat yang pernah belajar bersama pada
suatu ketika dahulu walaupun berlainan fakulti. Apatah lagi mampu berborak dan
bertukar nombor telefon, ia tentu lebih bermakna.
Beliau ada mengajak untuk minum bersama-sama.
Namun, saya menolaknya dengan baik kerana ada temujanji dengan klien di
pejabat. Jika tiada temujanji, sudah pasti saya akan menyambungnya sehingga ke
meja minum pula.
“Tut..tut…” Tiba-tiba bunyi nada dering pada telefonnya. Sahabat
saya memohon izin untuk membaca mesej yang baharu sahaja diterima olehnya, “Maaf
lah, isteri ambo sedang menunggu di dalam kereta. Insha Allah, lain kalilah
kita minum-minum!”
Saya memberitahu tanpa ada rasa bersalah kepadanya,
”Tidak mengapa, mungkin lain kali kita boleh minum-minum bersama. Kebetulan,
masa pada hari ini agak tidak sesuai, sebab itu kita tidak dapat minum-minum.”
Sungguh, jika Allah mahu pertemukan kita dengan
seseorang, bagi-Nya amat mudah. Jika Allah mahu memisahkan kita daripada untuk
terus bertemu, bagi-Nya juga amat mudah. Allahu Rabbi…
0 comments:
Post a Comment